
Berusia 42 tahun berkelulusan dari UiTM dan berasal daripada Negeri Sembilan serta mempunyai dua orang cahayamata, Noor Azmi A Karim merupakan orang pertama yang mempercayai dan yakin tentang sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Uptrend Network Sdn Bhd (UPTREND) pada awal tahun 2004 yang pada ketika itu beroperasi di sebuah pejabat kecil di Bangsar bersebelahan Alliance Bank.
Menurut Azmi, beliau bukanlah seorang yang hebat malah dunia IT(computer) terlalu asing bagi beliau kerana beliau hanyalah orang biasa, cuma beliau bernasib baik kerana menerima peluang sebelum orang lain mendapat peluang dan peluang itu beliau rebut dengan bertindak mengambilnya.Setelah meneliti latar belakang mereka yang bertangungjawab menguruskan syarikat, beliau terus bertindak.
Bagi Azmi, untuk berjaya jangan ada perasaaan rendah diri. Yang Penting ialah cuba mencari kebolehan serta kehebatan diri yang tersembunyi dan mengeluarkan kebolehan yang ada supaya digunakan untuk berhijrah daripada manusia biasa kepada manusia yang luar biasa.
Ubah Hidup Perintis No.1
Dicatat oleh
Aril_RX
Rabu, 13 Ogos 2008
di
4:21 PTG